saya anak anak malaysia...pada kali pertama saya mendengar lagu ini saya dah
jatuh hati pada lagu ini yang dinyanyikan semula oleh kumpulan
''aboi'' lagu ini sebenarnya ciptaan Dr sam seorang penyanyi sekitar 80 an...
pernahkah anda mendengar lagu asal saya anak malaysia yang dinyanyikan oleh
Dr sam...iainya sungguh klasik berlatarbelakangkan intro
ala ala drama...
kali pertama saya mendengar saya terssenyum memang hebat lagu ini dan apabila
ia dinyanyikan semula oleh kumpulan aboi
iainya seakan akan mendapat nafas baru bagai bulan jatuh ke riba...heheh
di antara lagu yang terkenal Dr sam ialah....
-saya anak malaysia
-esok hari raya
-abu nawas dan lain lain lagiiii...tk dapat saya ceritakan dengan lanjut....banyak memang banyak..
penampilan beliau dengan pakaian warna warni ala ala rasta perintis kepada perkembangan
regee sekitar zamannya......
album saya anak malaysia 1986
album terakhir beliau ''sinar harapan 1990''
bagaimanapun setelah mempunyai 5 album edaran polygram abu nawas(1983),
sayang ok(1985), saya anak malaysia(1986),
semarak merdeka(1988), sinar harapa(1990).. hidupnya berubah..
malah ketika zaman kegemilangannya dialah satu sdatunya ''doktor'' yang kerjanya menyanyi
di jalanan sekitar damansara dan petaling jaya.
kini dr sam tidak aktif dalam menyanyi malah beliau sudah lama tinggalkannya...beliau kini lebih kepada
ceramah ceramah di masjid dan tabligh ...
hati saya memang sudah tertutup untuk semua itu
tetapi semua kenangan bernyanyi tetap di hati saya..
Dr sam bersama m.nasir
siapa boleh lupa kenangan suka duka jika anda pernah tonton
''kembara seniman jalanan'' ia mengambil serba sedikit perjalanan hidup saya
kata Dr sam yang mengambil watak sebagai penerbit syarikat rekod halal dalam filem itu.
kembara dr sam bermula seawal 1973 ketika menuntut A-level
di waltam forest technical college England.
setelah 2 tahun menamatkan pengajiannya beliau yang sepatutnya
meneruskan pengajiannya dalam perniagaan .merantau sendirian hingga ke jerman.
di negara itulah hidupnya bermula sebagai penyanyi jalanan
setelah 5 tahun merantau akhirnya Dr sam pulang ke malaysia dan menubuhka
kumpulan kutu nest bersama 2 orang rakannya yang menyanyi di sekitar
damansara dan petaling jaya.
Dr sam juga mendedahkan bagaimana beliau mendapat nama itu......
''''saya sedar untuk popular kita mestilah mempunyai sesuatu yang menggempakkan orang
ramai, jadi saya fikir meletakkan gelaran Dr @ doktor di depan nama kami'''
pada masa itulah orang yang lalu di sekitar jalanan dan melihat ''doktor''
menyanyi dan tidak rasa bersalah kerana kami bukannya buka klinik
sekadar mengubat hati pendengar dengan lagu lagu kami..
dalam ramai ramai orang yang menyanyi ''doktor doktor'' (gelaran---)
seorang telah melihat bakat dan suara kami iaitu ali bakar
dan setelah sekian lama mengikuti persembahan dan perkembangan kami telah
dipelawa menjadi artis rakaman.
Wow sejarah yang hebat. Pada akhirnya ia ke jalan yang lebih baik. Mantab.
BalasPadam