Ahad, 6 Januari 2013

tugu peringatan kalabakan




gambar ehsan dari eTawau.



assalamualaikum dan salam sejahtera...
pernahkan anda mendengar perkataan ini...
''ganyang malaysia''

yang bermaksud untuk memporak perandakan pembentukan sabah sarawak
keatas tanah melayu...

tentera indonesia menyusup masuk ke kawasan kalabakan yang didakwa oleh 
indonesia adalah milik mereka selepas presiden sukarno melancarkan pembentukan
sabah, sarawak dan singgapura pada 16 september 1963...


pada 29 september 1963 TNI (tentera negara indonesia)  telah menyusup masuk dan menyerang
satu pos sementara tentera darat malaysia yang berpangkalan di kalabakan.

mejar zainal abidin bin haji yaakob dari kompeni c, batalion ketiga regimen askar melayu
telah diserang oleh TNI ketika tentera malaysia sedang menunaikan solat maghrib
di bangunan madrasah.

serangan TNI telah berlaku di kawasan sempadan lain iaitu wallace bay..


dalam peristiwaa ini seorang pegawai dan tujuh anggota satu platun telah terkorban manakala 18 anggota lain lagi cedera, peristiwa berdarah ini telah terjadi pada  29 september 1963.
kejadian ini berlakunya di tebing sungai kalabakan lokasinya kira kira 30 batu ke utara tawau
dan 12 batu ke utara sempadan kalimantan indonesia,

di situ terletak 2 penempatan kecil pasukan keselamatan malaysia yang terdiri dari polis hutan
dan sebuah penempatan tentera.


nak tahu lebih lanjut sila ke sini

menurut laporan seramai 130 TNI dari pelbagai pasukan bergerak dari kalabakan menyusup
ke malaysia dan singgah ke serudung dalam perjalanan menuju ke selimpopon dengan 
melewati tarakan untuk ke kem balak teck guan dekat tarakan, TNI telah bermalam di situ pada
28 disimber 1963.

leftenen kolonel bersara ( raja sharudin ) menyatakan beliau ada menerima maklumat bahawa 
satu kumpulan TNI telah menyusup masuk dari sempadan malaysia kalabakan,
mereka dilaporkan telah merampas barang perniagaan runcit  seorang peniaga cina di
kawasan serudung laut.

ketika maghrib kedengaran satu tembakan memecah keheningan malam dan diikuti tembakan bertubi tubi
dan terhenti kira kira pukul 11 malam, pada pukul 3.30 pagi 30 disimber 1963
satu platun bantun yang diketuai oleh leftenen muda wan nordin bin wan mohamad sampai 
ke lokasi platun di kalabakan untuk memberi bantuan dan memperkuatkan pos berkenaan.

apabila matahari pagi 30 disimber 1963 menampakkan sinarnya anggota melakukan penggeledahan secara terperinci bagi mengumpul mayat dan anggota yang cedera dan 
dimaklumkan kepada markas batalion.

konfrantasi beransur senyap selepas presiden sukarno telah digulingkan dan digantikan
oleh suharto..


tugu telah dibina bagi memperingati peristiwa konfrantasi keatas malaysia
di kalabakan.


semua sumber dari eKalabakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

''''Lue KoMen DuLu Lah''' baru Gua DiaMMM''''